Anda suka warna biru? Kalau anda baru perasan yang di dalam almari anda penuh warna biru, itu bukan kebetulan.

Tanpa sedar, anda penuhkan koleksi baju anda dengan banyak baju biru — dari Navy blue sampailah ke Royal Blue. Nak tahu sebabnya?

Jom kita ambil tau sikit sifat orang yg suka color biru

Sifat Orang Yang Suka Warna Biru

TENANG – Orang yang sukakan warna biru ini dikatakan mereka yang tenang.

PINTAR BERCAKAP – Mereka ini juga mudah berkomunikasi dengan orang lain. Dan open minded juga. Pendek kata, kalau anda sukakan warna biru, anda selalunya tidak banyak masalah bila berdepan dengan orang.

PERCAYA DIRI – Bila anda mahu membuat sesuatu, anda lebih percaya akal dan hati anda sendiri dari nasihat orang lain. Bukan itu sahaja, orang seperti anda yang sukakan warna biru juga sering didapati sebagai mereka yang kreatif.

Tips Memakai Baju Biru Anda Wajib Tahu

kurung moden pendek biru sereni1. Ada buat kerja yg perlukan tenaga? Pakai biru.

Kajian mendapati yang ahli angkat berat dapat mengangkat berat yg lebih bila memakai warna biru.

Itu juga sebabnya seluar jeans berwarna biru. Sebab asalnya digunakan oleh mereka yang bekerja di ladang.

2. Ada interview?

Baik pakai Navy Blue. Kajian menyatakan yang inilah warna terbaik utk interview kerana ia menambah keyakinan bakal majikan.

Ini kerana otak kita memahami yang warna biru itu stabil dan boleh dipercayai.

3. Kepala serabut? Nak berehat dan bertenang?

Cari tempat yang banyak biru — contohnya santai di tepi laut.

4. Kalau anda ada sessi brainstorming pun baik pakai warna biru.

Sebabnya, warna ini dikatakan membantu menambah kreativiti.

5. Nak masuk hutan? Ini waktunya terbalik.

Tinggalkan baju biru ataupun baju gelap lain. Bukan apa, nyamuk amat lah suka dengan warna biru. Tak mau jadi makanan nyamuk kan?

Cukup untuk hari ini. Esok-esok kita belajar cara nak match warna biru dengan warna apa yang ngam pula. Okey ladies?

Close

Cart

No products in the cart.