Soalan ini kerap ditanya — Set Bersalin Nonaroguy vs Tanamera – Mana Lebih Baik?

Perbezaan set bersalin Nonaroguy dengan Tanamera sebenarnya sangat besar. Set Nonaroguy adalah set asli perbidanan Melayu, manakala set Tanamera adalah set herba yang dimodenkan untuk pasaran setiap kaum di Malaysia.

Dari segi harga, set Tanamera lebih murah kerana ia berharga RM 335 untuk 10 produk. Set Nonaroguy pula lebih mahal, iaitu pada harga RM 365 untuk 6 produk.

Mari kita lihat dengan jelas beza set bersalin Nonaroguy vs Tanamera ini dan lihat yang mana lebih baik:-

1. Ada Jamu ?

Set bersalin Nonaroguy datang dengan jamu Phytonatal yang dibuat dalam bentuk kapsul. Set Tanamera pula tidak mempunyai sebarang jamu, kerana jamu dikhuatiri membawa kesan tidak diingini kepada bayi.

Jamu Phytonatal dalam set Nonaroguy ini, walaubagaimanapun adalah antara jamu kapsul yang paling laris di kalangan ibu-ibu berpantang. Ini kerana ia dikatakan memudahkan anda membuang air besar dan kecil, selain membantu menurunkan berat badan anda selepas bersalin.

2. Ada Teh atau Akar Kayu Untuk di Minum ?

Kedua-dua set ini datang dengan herba atau teh untuk diminum. Bagi Nonaroguy, ia datang dalam bentuk akar kayu yang dipaketkan. Untuk Tanamera, ianya datang dalam bentuk teh herba yang berupaya mengeluarkan angin dari badan.

3. Ada Bengkung ?

Antara rahsia untuk anda menguruskan badan selepas bersalin ialah bengkung. Kerana ini, set Tanamera datang lengkap dengan bengkung kain kapas yang mudah dilonggarkan ketika anda di bilik air. Set Nonaroguy, sayangnya tidak mempunyai bengkung. Jadi anda perlu membelinya berasingan.

4. Yang Mana Menjaga Badan ?

Untuk bahagian luar badan, set Tanamera lebih lengkap. Ia bukan sahaja mempunyai sabun khas, tetapi juga body scrub untuk menghilangkan dark spots, feminine herbal wash sebagai alat pembersih wanita, dan herbal bath untuk anda gunakan semasa mandi.

Set NonaRoguy pula hanya mengandungi 10 paket herba cuci yang digunakan sebagai pencuci alat sulit anda dan herbanika lulur sebagai pembersih kulit anda.

Akan tetapi Nonaroguy mempunyai jamunya untuk menjaga bahagian dalaman anda, manakala Tanamera lebih berhati-hati dengan hanya menyertakan tehnya sahaja.

5. Minyak Panas /Lulur

Kedua-dua set berpantang ini datang dengan minyak. Bezanya Tanamera mempunyai 2 minyak. Yang pertama ialah VCO Tanamera, iaitu minyak kelapa dara sebagai minyak yang boleh digunakan untuk diminum dan disapu. Ia juga datang dengan minyak urutan yang wangi dan menenangkan.

Set Nonaroguy pula hanya datang dengan satu minyak, iaitu minyak Herbanika. Minyak ini hanya untuk luaran dan popular digunakan sebagai minyak urutan.

6. Kekuatan & Kelemahan Set Nonaroguy

Kekuatan set bersalin Nona Roguy terletak kepada jamu Phytonatal dan minyak Herbanikanya yang dikatakan cukup mujarab untuk melangsingkan badan ibu yang berpantang.

Dari segi harga, ianya termasuk dalam kategori set premium kerana set ini datang tanpa bengkung dan mempunyai hanya 6 produk.

7. Kekuatan & Kelemahan Set Tanamera

Kekuatan set Tanamera ialah kerana minyak Virgin Coconut Oilnya yang boleh digunakan sejak mengandung lagi. Minyak ini juga diakui ramai penggunanya sebagai salah satu sebab proses bersalin mereka lebih cepat. Ia dikatakan menyebabkan bukaan lebih mudah dan fleksibel, sekaligus menyebabkan proses kelahiran lebih pantas. Kurangnya luka juga menyebabkan pemulihan ibu berpantang menjadi lebih pendek.

Selain itu, set Tanamera juga 100% semulajadi, tanpa pengawet dan bukan sahaja diguna di Malaysia malah luar negara (seperti Kanada).

Namun begitu, kelemahan set ini ialah ianya tidak datang dengan jamu yang lazimnya dikatakan hampir wajib untuk kebanyakan ibu yang mahu kekal dengan tradisi Melayu.

Set Nonaroguy vs Tanamera – Mana Lebih Baik?

Kedua-dua set mempunyai pengikut tersendiri. Jika anda mahukan set yang menenangkan seperti di spa, dan anda risau yang jamu bakal menggangu penyusuan, Tanamera adalah pilihan anda.

Jika anda ingin mengikut tradisi, dan mementingkan penjagaan dalaman selain luaran, Nona Roguy adalah pilihan yang lebih sesuai. Walaubagaimanapun, anda mungkin perlu membeli bengkung jika ini kali pertama anda bersalin.

Pendek kata, kedua-dua set mempunyai target masing-masing. Persoalan dalam isu Set Bersalin Nona Roguy vs Tanamera, bukan yang mana satu lebih baik. Akan tetapi, yang mana lebih sesuai dengan diri anda.

Jom kongsikan pilihan anda? Tanamera atau NonaRoguy ?

Close

Cart

No products in the cart.