Ibu-ibu, makanlah kurma jika mahu senang bersalin.

Keistimewaan kurma untuk ibu hamil atau yang bakal melahirkan telah diberitahu oleh Allah di dalam surah Maryam (ayat yang ke-25). Buah ini juga disebut sebanyak 19 kali pada ayat lain dalam kitab suci ini.

Tapi tahukah anda, ada 2 kajian saintifik telah dibuat ke atas ibu mengandung untuk melihat jika buah kurma memudahkan mereka bersalin.

Kurma Cepatkan Bersalin

Kajian Pertama

Satu kajian oleh 5 pengkaji dari Jordan pada 2007 telah mengesahkan yang makanan ini memudahkan ibu bersalin.

Dalam kajian mereka  ke atas 69 ibu hamil, mereka mendapati wanita – wanita yg memakan 6 biji kurma sehari bukan sahaja kurang mendapat risiko induction (kelahiran secara paksa), tetapi kelahiran wanita ini secara puratanya separuh lebih cepat dari waktu biasa (8 jam 30 min berbanding 15 jam untuk wanita yang tidak memakannya ).

Bukaan servik juga lebih besar, sekaligus kurang menyakitkan buat di ibu.

Kajian Kedua

Satu lagi kajian dilakukan di Iran pada 2014. Ia juga mengesahkan yg bukaan serviks ibu yg memakan kurma lebih besar dan mudah berbanding ibu yg tidak memakannya. Kajian ini dibuat ke atas lebih ramai wanita iaitu sebanyak 210 org.

Kajian ini juga menyatakan yang kurma juga didapati mempunyai kandungan chemical yang hampir sama dengan hormon oxytocin yg menyebabkan contraction.

Ini menyebabkan ibu tidak perlu menanggung sakit lebih lama atau mengerahkan tenaga dgn lebih banyak sewaktu bersalin.

Jika anda mahu kurang sakit semasa bersalin, kurang jahitan dan lebih cepat melahirkan bayi anda, amalkan memakan kurma hari ini.

5 Langkah Mudah Untuk Mulakan Habit Makan Kurma

  1. Beli 2 kotak kurma. Letakkan satu di rumah.
  2. Letakkan satu kotak lagi di ofis.
  3. Makan 2 biji kurma setiap pagi sebelum keluar ke ofis.
  4. Di ofis, makan 2 biji sebelum keluar makan tengahari
  5. Bila pulang dari ofis, makan lagi 2-3 biji sebelum makan malam.

Tunggu apa lagi. Jom ikut langkah mudah di atas dan mulakan makan buah ini hari ini.

Rujukan:

1. The effect of late pregnancy consumption of date fruit on labour and delivery.
Al-Kuran O1, Al-Mehaisen L, Bawadi H, Beitawi S, Amarin Z.

2. The Effect of Late Pregnancy Consumption of Date Fruit on Cervical Ripening in Nulliparous Women 1 Masoumeh Kordi; 2 Fatemeh Aghaei Meybodi ; 3 Fatemeh Tara; 4 Mohsen Nemati; 5 Mohammad Taghi Shakeri

2 Comments

  1. Info yang best. Baru tahu yang kurma punya bahan yang sama dengan hormon oxytocin. Patutpun masa bersalin hari tu contraction rasa sekejap ja. Saya memang suka makan kurma

    24/10/2015 at 2:18 pm
  2. Ya Aryn,

    Rugi kalau ibu mengandung tak makan. Sebab bukan sahaja cepatkan bersalin, tapi sebab serat banyak, insyaallah kurang juga sembelit masa mengandung.

    25/10/2015 at 11:42 am

Comments are closed.

Close

Cart

No products in the cart.