Kes butik muslimah ElleZada yang gagal menyiapkan tempahan raya 2016 memang mimpi ngeri. Bukan sahaja pada klien yang menunggu baju mereka, tapi juga pada orang baru dalam industri ini seperti kami.

Gagal Siap Kali Pertama

Kalau dibaca komen pelanggan yang berang di FB, pre-order baju telah dibuat seawal Mac lagi. Walaupun begitu, 40 orang in-house tailor di ElleZada dan syarikat tailoring lain masih belum dapat menyiapkan tempahan klien.

Mungkin jumlah tempahan pre-order terlalu tinggi.

Ellezada membuka tempahan untuk mengagihkan baju mereka pada 1200 agen. Selain itu ia juga mempunyai laman web untuk menerima order. Kami percaya, jumlah pre-order mereka terlalu besar sehingga order yang masuk menjadi nightmare.

Viral Marketing Makan Tuan?

Selepas 4 tahun bertapak, tahun ini berbeza untuk Ellezada kerana mereka berkolaborasi dengan Shaheizy Sam dan isteri. Video viral Sam cukup berjaya — hingga brand ElleZada dan SamSyatilla naik cepat di media sosial.

Ellezada bukan brand biasa. Syarikat ini bangun dari bilik universiti hingga dapat membuka akademi sendiri dalam masa cukup pantas.

Marketing mereka memang satu fenomena. Tetapi backend Ellezada gagal untuk support kejayaan ini.

Untuk kami, ia menjadi lesson yang penting. Satu case study pada kami dan yang lain dalam industri pakaian muslimah/pakaian kurung.

Moga Ellezada bangun semula lebih kuat. Dan moga dapat menawan semula hati ribuan klien yang terguris.

Close

Cart

No products in the cart.