Berpantang bukan selalu. Jadi ramai yang melakukan kesalahan ketika ini.

Antara yang kerap salah dilakukan ialah salah cara mengambil jamu. Disebabkan kesilapan ini, ramai ibu moden yang tidak mahu jamu kerana takut anak mereka cirit birit atau mereka mendapat sembelit.

Mari lihat jika anda juga membuat 5 kesilapan ini :-

1. Beli Jamu Tanpa KKM & GMP

Sebenarnya jamu perlukan kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM). Sebelum dijual, ia perlu diperiksa kandungannya dan hanya selepas dipastikan selamat, barulah ia boleh dijual. Malangnya ramai yang membeli jamu tanpa memeriksanya.

Untuk jamu atau ubat tradisional, contoh nombor kelulusannya ialah MAL09032148T (ini adalah contoh nombor kelulusan untuk Jamu Ratu Dara dalam set Spa  & Ma). Huruf diakhirnya ialah T, mewakili ubatan tradisional.

Buat Ini :

Untuk selamat, pastikan ia ada sticker KKM dan ada label yang ia dikilangkan dengan GMP. GMP memastikan yang setiap dos jamu sama. Tanpa GMP, jamu yang dibuat mungkin berbahaya kerana dos yang tidak terkawal.

Jika jamu anda ada nombor kelulusan, tapi anda masih ragu2, pergi ke laman web Biro Kawalan Farmaseutikal Negara . Masukkan masukkan nombor kelulusan itu. Maklumat tentang jamu itu akan diberitahu kepada anda.

2. Makan Terlalu Awal

Jamu sepatutnya mula dimakan pada minggu ke 2 atau 3. Jangan makan jamu pada hari pertama, kedua atau ketiga. Ibu baru yang tidak pernah melahirkan selalu memakan jamu terlalu awal.

Jamu Ratu Dara dalam set Spa & Ma contohnya, dalam lamannya memberitahu yang ia disarankan untuk dimakan pada hari ke-20.

Buat Ini :

Walaupun ada jamu yang menyarankan anda mengambilnya dalam minggu pertama pantang, sebaik-baiknya, tundalah pengambilannya.

Jika anak yang anda lahirkan mengalami jaundice (demam kuning), jangan makan jamu. Tunggu dahulu sehingga bayi pulih.

3. Makan Full Dose

Ini juga kesilapan ramai ibu. Akibatnya mereka meninggalkan langsung jamu.

Ada jamu bersalin yang juga melawaskan pembuangan air besar. Jika anda mengambil terlalu awal dan pada dos penuh, anda akan kerap ke tandas. Ini bakal menyusahkan anda kerana anda masih lemah, luka belum sembuh dan rehat pun tidak sempurna.

Ya, memang anda tak sabar nak menyarung semula baju kurung moden anda. Tapi sabar lah ya.

Buat Ini :

Untuk mula memakan jamu, mulakan pada dos yang paling rendah. Contohnya jika saranannya ialah 2x pagi dan 2x petang, ambillah hanya 1 biji selepas makan.

Selepas seminggu, baru ditambah lagi sedikit demi sedikit sehingga ke dos yang sepatutnya.

4. Makan Dengan Ubat

Jamu tidak boleh dimakan sekaligus bersama ubat. Anda tidak tahu apa yang akan terjadi bila kedua-duanya bercampur.

Buat Ini :

Ambil jamu sekitar 2-3 jam selepas memakan ubat klinik. Jangan tinggalkan ubat klinik, dan jangan makan kedua-duanya bersama.

5. Kurang Minum Air

Jika anda bersalin dengan ibu atau mertua, mereka mungkin akan cuba mengehadkan pengambilan air anda. Takut perut buncit dan kembang!

Malangnya disebabkan kurang minum air, ramai ibu sembelit. Dan bila ditambah dengan jamu, ramai juga yang mengadu badan panas.

Duduk lama di tandas, dengan jahitan yang masih belum sembuh dan masalah membuang air memang menyeksakan. Minumlah air, bukan sahaja kerana anda makan jamu, tetapi kerana jika badan anda kekurangan air, anda mungkin mendapat masalah kencing kotor.

Buat Ini :

Sediakan air mineral di tepi katil. Minum bila haus. Jangan tahan. Haus ialah cara badan anda memberitahu anda yang anda perlukan air.

5 kesilapan ini memang sering dibuat oleh ibu yang berpantang. Silap mana yang pernah anda buat? Jom share pengalaman anda mengambil jamu berpantang di sini.

4 Comments

  1. kesilapan no.2 tu memang diakui pernah buat masa anak 1, 2 dulu2… tak berapa arif kan…

    baby pulak kena kuning, lagilah silap ambil jamu

    08/11/2015 at 8:47 am

Comments are closed.

Close

Cart

No products in the cart.