PENGHANTARAN BAJU

Berapa Kos Pos?

Percuma untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Dan hanya RM 5 setiap busana untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Untuk Singapura, Brunei dan lain-lain negara Asean, kadar pos bermula dari RM 30 untuk sehelai baju.

Untuk luar Asean, sila whatsapp untuk kami bantu.

Berapa Lama Baju Saya Akan Sampai?

Untuk baju ready stok, biasanya 3-5 hari bekerja (Isnin-Jumaat). Untuk baju pre-order, sis perlu menunggu sekitar 10-14 hari bekerja.

Kami biasanya akan memaklumkan jika ianya busana pre-order yang mana sis perlu menunggu lebih lama.

Saranan kami, elak dari membeli secara online jika sis perlukan baju sis tiba dalam masa singkat. Jangkamasa penerimaan baju selepas ia dipos adalah antara perkara yang di luar jangkaan kami.

Apa Cara Baju Saya DiPos?

Lazimnya dengan Poslaju. Jika untuk pos antarabangsa, dengan FlexiPack atau sebagai parcel biasa.

Boleh COD?

Maaf sis. Tidak.

Boleh hantar ke Spore/Brunei atau luar negara?

Ya. Tetapi anda perlu menanggung kos penghantaran + handling fee. Sila hubungi kami melalui whatsapp untuk bantuan.

Boleh hantar pada hari Sabtu/Ahad sebab waktu itu saja saya di rumah

Tidak. Ini kerana jadual penghantaran bukan di bawah bidang kuasa kami, tapi di bawah jadual pihak courier/pos. Kalau sis hanya ada di rumah pada hujung minggu, kami sarankan sis untuk gunakan alamat pejabat sis ataupun suami.

PEMULANGAN BAJU

Boleh Saya Pulangkan Baju Kalau Saya Silap Size?

Kami mengandaikan yang setiap klien kami mengetahui ukuran diri mereka dan telah merujuk carta saiz sebelum melakukan pembelian. Oleh kerana itu kami tidak menerima sebarang pertukaran saiz setelah barangan anda dipos.

Pertukaran (jika berkenaan)

Kami hanya menggantikan barangan jika anda terdapat kesilapan dari pihak kami (silap warna/saiz lain dari yang dipesan dll) ataupun jika busana kami mempunyai kecacatan.

Jika ini yang terjadi, sila hubungi kami secepat mungkin (maksima 3 hari dari hari terima) untuk proses refund.

Bayaran balik (jika berkenaan)

Sebaik sahaja pengembalian anda diterima dan diperiksa, kami akan menghantar notifikasi untuk memberitahu anda bahawa kami telah menerima barang anda yang anda kembalikan.

Kami juga akan memberitahu anda samada kami meluluskan atau menolak bayaran balik (jika berkenaan) kepada anda.

Jika diluluskan, maka bayaran balik anda akan diproses, dan anda akan diminta memberi maklumat bank anda untuk pembayaran.

Syarat Pemulangan

  • Pemulangan hanya kami terima jika anda memaklumkannya kepada kami dalam tempoh 3 hari dari hari anda menerima baju anda.
  • Busana mestilah belum dipakai, dibasuh, atau diubah.
  • Ia mesti mempunyai semua tag asal yang dilampirkan dan dalam bungkusan asal.
  • Ia juga tidak terkena wangian, kesan sangkut pada objek, koyak, kotoran, bau (seperti asap rokok) atau kerosakan lain.

CARA PEMBAYARAN

Apa Cara Pembayaran Yang Diterima?

Sis boleh pilih salah satu cara di bawah :

  • Manual bank-in di mesin deposit (tunai)
  • Kad kredit dan debit – VISA atau Mastercard (melalui SenangPay)
  • Online Banking (Maybank2u, CIMBClicks dll)

Untuk Manual Bank In, Akaun Bank Apa Yang Diguna?

Maybank dan CIMB.

Boleh Saya Batalkan Tempahan Selepas Hantar Order?

Boleh, selagi tiada pembayaran dibuat.

Boleh Saya Tukar Alamat atau Baju Selepas Hantar Order?

Boleh, selagi tiada pembayaran dibuat.

TENTANG BUSANA KAMI

Saya saiz M, boleh saya terus tempah baju saiz M tanpa lihat carta saiz?

Jangan sis. Setiap busana mungkin menggunakan carta saiz berlainan. Kalau sis terus membuat tempahan hanya berdasarkan saiz biasa sis, ada kemungkinan baju sis lebih kecil atau besar dari biasa.

Saranan kami, teliti saiz carta setiap baju. Dan beri lebih perhatian pada bahu dan pinggang.

Boleh LovelySuri jamin warna baju sama seperti yang saya lihat?

Tidak. Untuk pengetahuan sis, setiap skrin mempunyai tona warna berbeza. Gambar yang sis lihat juga melalui proses editing dan ini menyebabkan warna yang dilihat mungkin 5 – 10% berbeza dari warna sebenar.

Jika tema warna amat penting, kami sarankan anda beli secara terus di butik. Pembelian online untuk situasi seperti itu berisiko.

Boleh LovelySuri hold kan stok untuk saya? Nak tunggu gaji dulu

Maaf sis. Tidak. Disebabkan stok yang kami terhad, kami hanya akan meneruskan tempahan untuk pelanggan yang membuat bayaran terlebih dahulu.

Saya Nak Beli. Tapi Was2 Dengan Jenis Kain. Macam mana ya?

Jika anda buat tempahan melalui web, letakkan soalan pada ruangan nota. Insyaallah kami bantu jawab.

Selain itu, sis juga boleh bertanya dahulu sebelum menempah. Whatsapp sahaja kami di nombor khidmat pelanggan kami.

Boleh Saya Tengok Baju Di Butik Loveysuri?

Maaf sis. Buat masa ini kami hanya beroperasi secara online.

Ada Diskaun Tak Kalau Saya Beli 3 Pasang?

Tidak. Buat masa ini kami hanya memberi potongan harga untuk tempahan 10 pasang dan ke atas. Dan oleh kerana kami bukan pemborong pakaian, kadar diskaunnya juga tidak signifikan.

Mengapa Lokasi Bunga Baju Yg Saya Dapat Tak Sama Macam Gambar?

Untuk baju dengan motif bunga ataupun berkaki, baju yang sis dapat mungkin sedikit lari lokasi bunganya dari yang dilihat dari yang dipakai model.

Adalah sukar untuk 100% baju bermotif bunga untuk kelihatan sama antara satu sama lain. Ini kerana ia bergantung kepada potongan kain dan saiz. Lokasi bunga baju saiz L mungkin tidak sama dengan lokasi pada saiz S ( yang mungkin dipakai model kami).

Kain untuk baju anda datang dalam roll kain, sebelum dipotong mengikut saiz. Apabila potongan dibuat dengan saiz berbeza, lokasi/jumlah bunga juga mungkin berbeza.

Baju Yang SOLD OUT akan di restok tak?

Selalunya tidak.

MASALAH LAMAN WEB

Saya Klik Button Pre Order Tapi Tak Jadi Apa Apa Pun?

Untuk pre-order, ada baju yang kami letakkan button untuk anda hubungi kami, dan bukannya menempah. Apabila anda menekannya, ia sepatutnya membuka aplikasi Whatsapp dan terus membuka nombor customer service kami untuk bantuan.

Jika tiada apa yang terjadi, ada kemungkinan anda tiada aplikasi Whatsapp.

Payment Was Decline - Bila Saya Bayar Dengan Debit Card

Ada kemungkinan kad anda belum diberi kelulusan untuk pembelian di laman web. Sila hubungi bank anda untuk aktifkan pembelian di web menggunakan kad debit.

Saya Sedang Tempah. Tiba-Tiba Laman Web LovelySuri Offline. Bagaimana ya?

Terus whatsapp kami di nombor customer service kami. Kami akan bantu teruskan order sis.

Close

Cart

Subtotal: RM 179.00

View cartCheckout