Cara Mudah Hamil - 99 Tips Makanan, Petua dan Doa 1

Ramai isteri yang tidak berjaya mengandung walaupun sudah bermacam cara mudah hamil dicuba. Jika anda pun begitu, jangan sedih. Mungkin ada cara yang masih belum anda gunakan.

Jadi kami turunkan 99 petua, makanan dan doa agar anda mudah hamil untuk dicuba.

Jom mula sekarang.

makanan untuk mudah hamil

Makanan Untuk Mudah Hamil

1. Pisang – Pisang kaya dengan vitamin B6 yang membantu menstabilkan hormon. Jika anda kurang B6, kitar haid anda akan tidak menentu, sekaligus menyebabkan telur tidak berkembang dengan baik.

2. Asparagus – Asparagus kaya dengan folic acid, yang membantu perkembangan proses pensenyawaan yang sihat.

3. Badam – Minta suami makan badam kerana vitamin E di dalamnya membantu sperma menjadi lebih sihat. Vitamin ini juga adalah antioxidan yang membantu memelihara DNA sperma dan telur.

4. Telur Ayam – Sebaik-baiknya makan telur ayam kampung. Wanita yang sukar hamil selalunya kurang vitamin D dalam badan. Dapatkan vitamin D anda dari telur. Kajian Universiti Yale mendapati di kalangan wanita yang sukar hamil, 93 % mempunyai kadar vitamin D dalam badan yang rendah dari yang sepatutnya. Telur ayam kampung adalah antara sumber vitamin D semulajadi yang diperlukan badan anda.

5. Buahan citrus – Lelaki yang mendapat 1,000 mg vitamin C dua kali sehari didapati mempunyai kiraan sperma lebih tinggi dan sperma yang lebih kuat untuk bergerak ke arah telur. Vitamin ini juga membantu memperbaiki hormon wanita.

6. Ikan – Makan ikan untuk mendapatkan lemak “fatty acid”. Asid lemak di dalam ikan bukan sahaja penting untuk menyihatkan sistem produksi wanita tapi juga untuk kesihatan sperma lelaki.

7. Kacang pis – Kacang pis kaya dengan zink. Apabila zink dalam badan mencukupi, kualiti sperma akan meningkat. Untuk wanita, kekurangan zink menyebabkan hormon estrogen dan progesteron tidak seimbang.

8. Tofu – Zat besi dalam tofu sangat penting untuk memastikan tubuh wanita bersedia. Kurang zat besi dalam badan menurunkan kadar kehamilan sebanyak 60%.

9. Buah Tin – Buat yang bentuknya seperti kerandut lelaki ini, mempunyai jumlah zink yang tinggi yang membantu kesuburan lelaki. Ia juga menambah keinginan syahwat lelaki.

10. Ambil folic acid — Mereka yang mempunyai masalah kurang zat dalam tubuh atau mempunyai penyakit celiac, mungkin berpeluang cepat hamil dengan menambah supplemen folic acid dalam diet mereka. 400 mcg sehari adalah nilai yang disyorkan pakar perubatan.

11. Ambil multivitamin  – Multivitamin mungkin membantu menambah zat dalam badan yang kurang. Cari multivitamin yang mempunyai sekurang2 nya 400 mcg asid folik dan 40 mg zat besi.

12. Minta suami ambil multivitamin – lelaki juga memerlukan asid folic dan zat besi, walaupun kadarnya tidak setinggi wanita.

13. Ambil kuaci (pumpkin seed) – 1 aun kuaci mengandungi 4.3 mg zat besi. Kacang lain seperti cashew juga bagus dijadikan snek.

14. Minum air yang bertapis – Ini untuk mengurangkan bahan kimia berbahaya seperti racun rumput dan serangga yang larut di tanah dari diminum. Racun yang larut dalam tanah mengurangkan sperma dan menyebabkan keguguran.

makanan sukar mengandung

Makanan Yang Perlu Dikurangkan

Ya, ada makanan kegemaran yang perlu anda kurangkan jika mahu mudah hamil. Antaranya :

15. Teh Tarik – Teh tarik tinggi gula dan boleh menyebabkan badan mengeluarkan jumlah insulin yang tinggi. Ini boleh membawa kepada kondisi yang dinamakan PCOS iaitu salah satu punca utama kemandulan.

16. Daging Merah – Memakan daging merah dalam kuantiti yang banyak menyebabkan paras ammonia dalam badan naik, sekaligus mengganggu telur di uterus. Untuk lelaki, daging merah menambah asid badan dan melemahkan aktiviti sperma.

17. Ayam Biasa – Ayam yang biasa dijual di pasaran lazimnya disuntik dengan hormon dan antibiotik untuk mempercepatkan tumbesarannya. Yang tak seronoknya, hormon ini kemudiannya masuk ke badan anda dan mengganggu keseimbangan hormon anda. Kurangkan ayam, lebihkan ikan.

18. Hentikan Arak – Wanita yang minum arak lebih sukar hamil dibandingkan dengan yang tidak meminum arak. Ini dibuktikan dalam satu kajian Denmark yang mendapati hasil ini dikalangan wanita berumur 30 tahun ke atas yang minum lebih 7 kali seminggu.

19. Kurangkan Air/Kacang Soya – Soya mempunyai kandungan estrogen yang tinggi, dan mengganggu kestabilan hormon badan wanita. Jika anda seorang peminum soya tegar (5 kali atau lebih seminggu) kurangkan jumlahnya untuk hamil.

20. Kurangkan minuman soda – Minuman bergas mempunyai lebih 8 sudu gula dalam sebotol, selain mempunyai bahan kimia lain yang memgganggu sistem badan. Kajian pada tahun 2012 mendapati wanita yang meminum 2 hidangan minuman bergas sehari tidak mudah hamil. Mereka sebenarnya mengurangkan peluang untuk hamil sehingga 16%.

21. Henti ambil makanan bergluten – 6% wanita yang bermasalah mengandung mempunyai penyakit celiac. Badan mereka mengeluarkan antibodi yang mengganggu kehamilan. Wanita sebegini boleh hamil jika mengamalkan diet tanpa gluten (iaitu bahan dalam bijirin terutamanya gandum).

22. Kurangkan karbohidrat putih – Nasi, roti putih, kentang perlu dikurangkan kepada hanya 1 hidangan sehari. Mengambil secara banyak menambah insulin badan dan mengganggu kesuburan.

23. Kurangkan jus  — Minuman jus yang dijual kerap mempunyai kalori yang tinggi selain gula. Ini menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis yang juga antara punca sukar hamil.

24. Kurangkan bahagian dalam binatang seperti limpa, paru , otak dan lain-lain. Lemak tepu dalam bahagian ini mungkin mengganggu kesuburan.

cara mudah hamil dengan posisi seks yang terbaik

Cara Mudah Hamil Dengan Seks Terbaik

25. Buat hubungan sekerap mungkin. Ya, kami tak bergurau. Menurut kajian kehamilan ini, wanita yang kerap membuat hubungan kelamin mempunyai sistem immuniti badan yang berlainan dari wanita yang kurang membuat hubungan kelamin. Sistem immuniti badan mereka lebih bersedia menerima sperma, sekaligus memudahkan kehamilan.

26. Dari Belakang — Wanita yang mempunyai “tipped uterus” mungkin lebih mudah mengandung jika hubungan seks dibuat dengan posisi suami mendatangi isteri dari belakang.

27. Cara Biasa — Posisi missionary biasa iaitu lelaki di atas dan wanita di bawah adalah antara posisi seks terbaik untuk cepat hamil.

28. Bagi Isteri Orgasm – Orgasm (kepuasan) pada wanita dikatakan mungkin boleh mempercepat kehamilan. Ini kerana kontraksi uterus semasa orgasm dikatakan mungkin membantu menyedut sperma ke serviks dan tiub fallopian.

29. Berbaring selepas hubungan seks — Walaupun tiada kajian yang mengesahkannya, berbaring selepas mengadakan hubungan kelamin dikatakan mungkin menyebabkan anda lebih mudah hamil.

30. Jaga Pelincir – jika anda menggunakan pelincir ketika bersama, cari pelincir yang mesra-sperma. Kebanyakan pelincir yang ada di pasaran mungkin mengubah pH dan asid dalam kemaluan wanita. Ini sekaligus menyebabkan keadaan dalam vagina tidak sesuai untuk kehamilan.

31. Beli kit kesuburan – mengira dengan kalendar mungkin tidak setepat alat kesuburan, apa lagi jika haid anda tidak menentu. Kit kesuburan dapat memberitahu anda dengan lebih tepat waktu anda paling subur.

32. Lihat jus yang keluar – jika kitar haid anda normal, dan ada cecair putih jernih seperti putih telur keluar dari kemaluan anda, ia berkemungkinan waktu subur anda. Ini masa terbaik melakukan hubungan kelamin untuk mendapatkan anak.

33. Rutinkan – Amalkan hubungan seks sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 80% wanita normal akan hamil dengan seks sekerap ini.

34. Elak kedudukan seks wanita di atas dan lelaki di bawah – Ini kerana ianya anti graviti dan tidak menolong sperma untuk sampai ke tempat sepatutnya.

35. Elak Seks Bebas – Jauhi seks bebas dan rambang. Penyakit yang datang dari gaya hidup ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang membawa kepada sukar mendapat zuriat.

36. Timing Perlu Tepat– Untuk mudah hamil, anda perlu melakukan hubungan seks sewaktu waktu subur. Wanita selalunya mengeluarkan telur 14 hari sebelum tarikh haid mereka –bukannya dipertengahan bulan seperti yang kerap dipercayai. Untuk mereka yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari, ia mungkin sekitar hari ke 14. Jika kitar anda 35 hari, anda akan mengeluarkan telur sekitar hari ke 21, bukan 17 (hari 1 ialah hari pertama anda haid).

37. Guna termometer untuk ketahui waktu subur – Suhu badan pada waktu awal bangun pagi biasanya meningkat sedikit sewaktu hari subur (36.1 – 36.4 Celcius). Jadi ambil suhu badan pada waktu bangun dan buat jadual. Setelah beberapa lama, anda akan dapat tahu waktu subur anda dengan mudah hanya dengan kiraan masa dan termometer.

38. Cari jalan Berseronok – Hubungan suami isteri sepatutnya seronok. Jadi cari jalan agar ia tidak menjadi rutin. Buat kejutan dengan baju yang meransang, tempah bilik hotel atau letak wangian di bilik tidur. Kajian mendapati lelaki yang teransang dengan sesuatu di luar kebiasaan akan mengeluarkan 50% lebih sperma dari biasa.

gaya hidup sesuai untuk dapat anak

Petua Dapatkan Anak Dengan Cara Hidup Baru

39. Berhenti Merokok & Pujuk Suami Berhenti Merokok Kajian kehamilan mendapati apabila wanita merokok berhenti merokok, mereka akan lebih cepat hamil. Jika suami anda merokok, minta beliau kurangkan ataupun henti merokok. Lelaki yang merokok mempunyai jumlah sperma rendah, lebih lemah, atau yang kurang berkualiti berbanding lelaki tidak merokok. Ini sekaligus mempengaruhi peluang anda untuk hamil.

40. Kurangkan Kopi – Ya. Anda dan Starbucks mungkin tak dapat dipisahkan. Tetapi wanita yang minum kopi lebih dari 4 cawan sehari juga berisiko tidak mudah hamil.

41. Jaga berat badan – Wanita yang terlalu kurus atau terlalu berisi mungkin mempunyai masalah mendapat anak. Ini kerana hormon estrogen mereka tidak normal sekaligus menyukarkan kehamilan. Kajian pada tahun 2006 pada 2,000 orang petani di Amerika telah mendapati apabila berat badan mereka naik, kadar kesuburan mereka turun.

Tapi kalau anda berisi, jangan sedih. Ada berita baik untuk anda. Sebenarnya, wanita yang mempunyai berat badan tinggi boleh hamil dengan mudah walaupun jumlah berat yang mereka kurangkan hanya 5-10% dari berat asal.

42. Kawal Stress – Cari jalan untuk mengawal tekanan anda. Stress dikatakan menyebabkan darah sukar bergerak, sekaligus menyebabkan telur wanita yang sudah disenyawakan sukar ke uterus. Ini menyukarkan peluang anda untuk mudah mengandung.

Jika anda mengalami stress kronik (seperti kematian orang tersayang, perang, pernah menyaksikan jenayah dll), anda perlukan bantuan pakar. Trauma atau stress yang kronik mungkin menyebabkan badan anda sukar mengeluarkan telur.

43. Pergi Holiday – Ambil masa pergi bercuti atau berehat. Minda dan hati yang tenang menyediakan diri anda bersedia secara emosi untuk hamil. Kalau bajet tak besar, cukup dengan cuti-cuti di Malaysia sahaja.

44. Umur Lanjut – Ya. Ini sesuatu yang tidak dapat anda putar semula. Lebih tinggi usia anda, lebih sukar untuk anda mengandung. Jadi jangan tangguhkan waktu untuk mendapatkan anak.

45. Jangan minum dari botol plastik – Bisphenol A (BPA) adalah sejenis bahan kimia yang kerap digunakan dalam plastik. BPA adalah antara bahan kimia yang boleh mengganggu kitar haid dan merosakkan sperma. Walaupun botol plastik bebas BPA kini semakin banyak dijual, tukar botol minuman anda kepada botol kaca.

46. Tidur Secukupnya — Tidur yang mencukupi dan pada masa yang sama setiap hari adalah penting untuk kesuburan. Kajian mendapati mereka yang bekerja secara syif lebih kerap keguguran kerana waktu tidur mereka yang terganggu.

Mereka yang tidur 7 jam atau lebih juga didapati lebih mudah hamil melalui proses IVF dibandingkan dengan wanita yang menjalani IVF tetapi tidak tidur dengan cukup.

Untuk mudah tidur, tutup lampu bilik anda sebelum tidur, dan jauhkan telefon dari katil.

47. Jangan fikirkan tentang hamil — Kadangkala, tekanan ingin mendapatkan anak sewaktu melakukan hubungan kelamin menyebabkan stress, sekaligus menyukarkan kehamilan.

48. Fikir positif– Minda yang positif bertindak seperti magnet kebaikan. Dekati rakan-rakan yang positif dan ahli keluarga yang menyokong anda, dan bukannya menambah kerunsingan anda. Menurunkan kadar stress dengan membayangkan perkara yang baik-baik memudahkan kehamilan dan menaikkkan prestasi anda dengan suami di katil.

49. Telefon jangan di poket.  Kajian environmental group mendapati lelaki yang meletakkan telefon di poket atau di tali pinggang mempunyai kadar sperma lebih rendah. Mungkin sudah tiba masanya suami anda menggunakan messenger bag.

50. Jangan asyik menonton TV – Pujuk suami yang kurang aktif agar tidak menghabiskan masa di depan TV. Kajian Harvard mendapati lelaki yg kerap menonton TV mempunyai kuantiti sperma yang rendah dari normal.

51. Jaga Gigi  — Kajian Australia pada 2011 menyatakan yang mereka yang mempunyai masalah gusi lebih lewat hamil berbanding mereka yang mempunyai gigi yang sihat.

52. Elak Bersenam Terlalu Keras – Mereka yang bersenam dengan keras selama 5 jam seminggu (contohnya athlet) mengurangkan peluang hamil sebanyak 40% dibandingkan dengan mereka yang bersenam biasa.

53. Bantu suami kuruskan badan – Lelaki yang mempunyai masalah berat badan kerap mempunyai kandungan sperma yang lebih rendah, sekaligus mengurangkan peluang kehamilan.

54. Bawa barang dapur naik tangga – Anda mungkin tidak perlu bersenam jika anda biasa menaiki anak tangga pulang ke rumah. Menaiki anak tangga sambil membawa barangan dapur sebenarnya membakar lebih kalori dari berbasikal atau berjalan perlahan di taman.

55. Cari Kerja Lebih Ringan– Petua cepat hamil ini agak pelik. Tapi sebenarnya, jika suami atau anda mempunyai profesyen yang memerlukan mereka bekerja memerah keringat secara berterusan (seperti di tapak industri, pengangkut barangan dll), mereka sebenarnya tergolong dalam golongan yang mana pekerjaan menyebabkan mereka sukar subur. Cuba cari jalan untuk tukar ke pekerjaan yang kurang memerah tenaga.

56. Tambah berat badan– Jika anda terlalu kurus (BMI bawah 18) ia juga mengganggu kesuburan. Menurut pakar, otak mereka yang terlalu kurus menghantar signal kepada badan bahawa ia tidak mempunyai tenaga simpanan yang lebih. Jadi sistem reproduksi dihentikan untuk memastikan ibu selamat. Ini dilihat di negara seperti Bangladesh, India dan Gambia yang mana kadar kelahiran berkait dengan kadar tuaian. Cuba pastikan badan anda dalam BMI ideal ( 20-24) untuk badan yang subur.

57. Berhenti Gunakan Alat Pembersih Wanita – Gunakan air biasa untuk membersihkan kemaluan. Sabun atau pembersih antibakteria mungkin memudaratkan bakteria yang mengawal ekosistem dalam faraj yang sesuai untuk kehamilan.

58. Basuh sayuran sebaik mungkin — Racun serangga dan rumput memang dikenalpasti antara penyumbang kepada ketidakstabilan hormon. Basuh sayuran sebaik mungkin sebelum anda memasak. Jika anda kerap membeli di kedai (yang kerap membasuh sayuran secara ala kadar), ini masanya untuk memasak sendiri.

59. Jangan kerap memanaskan makanan dalam bahan plastik di mikrowave – Bahan kimia plastik seperti Bisphenol mungkin meresap masuk ke dalam makanan. Ia memang diketahui menyebabkan banyak penyakit, termasuklah kemandulan.

60. Berhenti Melukis/Mengecat sementara — Jika anda pelukis atau pengecat, bahan kimia Glycol Ether dalam pewarna anda boleh menyebabkan keguguran, mengurangkan kesuburan dan mengurangkan sperma lelaki.

61. Pakai Seluar Yang Longgar – Seluar yang terlalu ketat dan tebal menyebabkan peluh dan pengudaraan yang tersekat. Ia sekaligus boleh menyebabkan bakteria dan kulat menyerang kemaluan anda dan mengganggu kesuburan.

62. Sejukkan bahagian lelaki – Untuk menjaga kesihatan zakar, bahagian alat sulit lelaki perlu berada pada suhu sedikit rendah dari suhu bilik. Jadi pastikan suami anda tidak memanaskannya dengan tidak sedar — seperti duduk di atas kerusi motor pada waktu panas terik, meletak laptop pada peha dll.

63. Berhenti ambil dadah – Jika selama ini anda atau suami menyalahgunakan dadah atau menggunakan steroid, sudah tiba masanya untuk berhenti. Dadah boleh mempengaruhi peluang anda untuk mempunyai cahayamata.

64. Kurangkan mandi air panas – Spa, sauna, air panas kurang sesuai untuk mereka yang ingin cepat mendapat anak. Satu kajian menunjukkan lelaki yang berhenti mandi air panas dan bertukar kepada air sejuk mendapati yg sperma mereka meningkat 5 kali ganda.

65. Keluar pagi dan dapatkan cahaya pagi – Cahaya matahari meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Kajian juga menunjukkan yang vitamin D menaikkan hormon seks wanita iaitu progesterone and oestrogen yang membantu menstabilkan kedatangan haid, sekaligus membuat kehamilan lebih mudah.

66. Gunakan Aplikasi – Aplikasi telefon seperti Period Diary, Fertility Friend dan Menstrual Calendar boleh memberi tips dan membantu anda melihat waktu subur anda dengan lebih tepat.

67. Berhenti makan ubat – Sesetengah pil yang biasa dibeli untuk demam atau pening, seperti paracetamol and ibuprofen, boleh mengurangkan peluang kehamilan jika diambil sewaktu anda melalui ovulasi. Ubat-ubat ini mungkin mengurangkan hormon yang dipanggil prostaglandins, yang membantu telur dikeluarkan ke tiub Fallopio.

68. Minum Air Secukupnya – Jika anda terasa dahaga, minum. Tidak perlu mengikut mitos yang mengatakan anda perlukan 8 gelas sehari kerana setiap orang berbeza. Kekurangan air menyebabkan sistem reproduksi anda kurang efektif, dan cecair serviks — iaitu bendalir yang membantu sperma mencari telur menjadi tidak sebaik normal.

69. Rajin Kemas Rumah– Wanita yang mengemas rumah, melakukan aktiviti berkebun atau bersenam adalah 3 kali lebih berpeluang hamil melalui IVF berbanding mereka yang malas. Pergerakan menyebabkan badan tidak mengeluarkan insulin berlebihan, yang dikatakan berbahaya kepada telur yang sihat.

70. Tukar cara hidup cepat– Lebih cepat anda berubah, lebih baik. Sperma baru yang sihat mengambil masa sekitar 3 bulan untuk dihasilkan, jadi lebih cepat anda dan suami berubah, lebih baik.

rawatan moden untuk mudah menagndung

Rawatan Moden Untuk Cepat Hamil

Rawatan dan tips mudah hamil di bawah adalah untuk makluman sahaja. Pastikan anda mendapat khidmat nasihat doktor anda sebelum membuat keputusan ya?

71. Cari Punca – Jika kitar haid tidak menentu atau lebih dari 35 hari, jumpalah doktor pakar puan atau pakar kesuburan untuk melihat sebabnya. Ia mungkin kes biasa atau juga mungkin masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS), ovarian dysfunction, masalah thyroid, kehilangan berat badan yang mengejut atau kadar prolactin yang meningkat. Ini semua mengganggu proses kehamilan.

72. Ambil Clomiphene Citrate– Ini adalah ubat penggalak kesuburan yang paling kerap digunakan dan antara termurah untuk mereka yang mempunyai masalah PCOS. Dengan 2-3 pil sehari, separuh pengguna ubat ini mampu hamil. Tapi risiko mendapat anak kembar juga lebih tinggi dari biasa.

73. Ambil Metformin – Ubat yang diguna untuk penyakit kencing manis ini biasanya diberi kepada pesakit PCOS yang mempunyai masalah kegemukan. Ia mengawal paras insulin, sekaligus mengembalikan ovulasi dan memulihkan kesuburan.

74. Terima suntikan Gonadotrophin – Jika dua ubat di atas tidak berjaya, doktor mungkin memberikan suntikan Gonadotrophin. Akan tetapi oleh kerana risiko mendapat kembar berganda tinggi dan ianya mahal, X-Ray perlu dibuat terlebih dahulu untuk memastikan tiada masalah fizikal lain seperti tiub fallopian tersumbat atau yang menyebabkan anda tidak mudah hamil. Sperma suami juga perlu dikaji sebelum keputusan memberikan suntikan ini dibuat.

75. Dapakan Suntikan hormon Follicle Stimulating Hormon (FSH)– Suntikan hormon ini bertindak untuk meransang kematangan follikel agar mengeluarkan telur.

76. Dapatkan rawatan pelviks – Sesetengah wanita mendapat jangkitan kuman yang menyebabkan mereka sukar hamil. Jumpa doktor agar lendiran faraj (atau kadangkala nanah) dapat dianalisa dan diubati.

77. Buat Vasovasostomy & Epididimovasostomy (lelaki) – Pembedahan untuk lelaki ini dibuat untuk menyambung semula saluran lelaki yang rosak yang menyebabkan suami tidak dapat menyalurkan sperma.

78. Buat Reseksi Duktus Ejakulatori (lelaki) – Pembedahan ini dibuat untuk memulihkan saluran duktus ejakulatori yang bengkak atau tersumbat. Jika berjaya kualiti air mani akan pulih.

79. Rawat endometriosis – Jika anda senantiasa sakit teruk ketika haid, and mungkin mempunyai endometriosis. Masalah endometrosis ini adalah antara sebab utama yang mengurangkan peluang untuk hamil. Sayangnya, tiada rawatan moden yang 100% efektif untuknya, walaupun antara pilihan yang ada ialah dengan ubatan atau surgeri.

petua mudah hamil

Rawatan Tradisi & Petua Mudah Mengandung

80. Guna Si Wu Tang – Untuk orang Cina, antara herba yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan ialah Si Wu Tang. Ia kerap digunakan untuk memastikan haid datang dengan teratur dan memperbaiki perjalanan darah — sekaligus menaikkan peluang cepat hamil.

81. Guna Cara Kampung – Kisar sebatang lobak merah dan ibu kunyit sebesar jari dengan menggunakan setengah gelas air. Tapis, dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Untuk memaniskannya, campur dengan gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.

82. Makan Taugeh – Bila anda makan makanan Jepun seperti teppanyaki, habiskan taugeh yang diberi kerana taugeh dikatakan menyuburkan dan memekatkan air mani lelaki.

83. Telur Ayam – Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari.

84. Cari Perawat Islam – Ada juga yang mengaitkan kemandulan dengan gangguan makhluk halus. Untuk mengatasinya baca surah as-Saffat pada waktu subuh, ataupun dengarkan surah ini. Minta bantuan pengamal perubatan Islam jika doktor sendiri mengatakan yang anda berdua normal, tetapi pelik kerana anda masih tidak mudah hamil.

85. Fung Shui – Dalam Fung Shui masyarakat Cina, pasangan disarankan supaya menyediakan ruang untuk bayi. Barangan rumah yang tidak dipakai perlu disedekah, disimpan atau dibuang agar ruang dalam rumah lebih lapang. Rumah sentiasa perlu kemas dan teratur untuk bersedia menerima orang baru.

86. Fung Shui 2 – Fung Shui juga menyarankan agar sang suami tidur di sebelah kiri dan wanita di kanan agar Yin dan Yang dalam bilik tidur seimbang. TV, telefon dan alat-alat yang mengganggu keintiman bilik tidur juga perlu di keluarkan dari bilik tidur. Bilik hanya untuk tempat istirehat peribadi dan tidur.

87. Dapatkan Rawatan Akupunktur – Rawatan akupunktur telah didapati berkesan memastikan proses IVF untuk kehamilan lebih berjaya. Artis Celine Dion yang gagal IVF selama 5 kali pada umur 41 akhirnya menggunakan akunpunktur untuk rawatan. Berkat akupunktur, beliau mudah hamil dan menimang anak kembar.

88. Makan Tongkat Ali – Jika suami atau isteri tidak bernafsu atau lemah, tidak salah mencuba herba Melayu yang kerap digunakan untuk memulihkan kesihatan lelaki — tongkat ali untuk lelaki, dan kacip fatimah untuk wanita.

89. Dekati Anak – Kata orang tua-tua, suami isteri perlu mula hidup berdamping dengan kanak-kanak kecil, samada dengan memelihara anak dari ahli keluarga sendiri, atau memiliki anak sebagai anak angkat yang masih kecil. Dikatakan berkat ini, Allah kasihan dan mengurniakan anak kandung utk pasangan.

doa mudah hamil

Doa & Amalan Agar Mudah Hamil

Ikhtiar perlu, doa pun perlu. Malah doa perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ikhtiar. Ini antara amalan untuk cepat hamil secara Islam yang boleh anda amalkan.

90. Doa Nabi Zakaria – Baca ayat suci di bawah sebanyak 7 kali sehari dengan niat memohon anak yang solih, baik ruhani dan jasmaninya serta diredhai Allah.

doa dapat anak
Ertinya :
Dan (ingatlah peristiwa) Nabi Zakaria ketika beliau bermohon kepada Tuhannya, “Wahai tuhanku, janganlah biarkan saya seorang diri (tanpa anak), sedangkan Engkau adalah sebaik-baik pewaris.” – Al-Anbiya : 89

91. Doa Nabi Ibrahim – Sarah, iaitu isteri Nabi Ibrahim adalah seorang yang mandul dan usianya juga sudah tua. Berkat doa ini, Nabi Ibrahim a.s. dianugerahi seorang anak Ishak a.s. (dari Sarah), dan Ismail a.s. (dari Hajar).

doa untuk anak

Ertinya :
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. – As-Shaffat: 100

92. Amalkan doa dari surah Al-Furqan
doa dapat anak soleh

Ertinya :
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
– Al-Furqan: 74

93. Baca surah Al An Aam ayat – 95. Tiupkan ke dalam air untuk diminum.
doa mohon anak

94. Banyakkan Istighfar. Istighfar diketahui sebagai jalan pembuka kekusutan, masalah dan meluaskan rezeki. Saranan membanyakkan istighfar sebagai pembuka rezeki ini terkandung di dalam A-Quran dan merupakan syor yang ada nasnya.

95. Banyakkan sedekah– Sedekah menghilangkan murka Allah. Antara sedekah terbaik ialah dimulakan pada awal pagi (atau dipanggil sedekah subuh). Moga dengan berkat sedekah ini Allah mengurniakan anak.

96. Buat Solat Dhuha – Solat 2 rakaat yang dibuat selepas matahari terbit ini dikatakan sebagai pembuka rezeki. Dan rezeki tidak hanya tertakluk kepada wang ringgit, tetapi juga mendapat anak dan zuriat yang baik-baik.

97. Bersangka baik dengan ALLAH – serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran, iaitu doa nabi Zakaria yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

doa nabi zakaria untuk dapatkan anak

98. Puasa sunat – Suami perlu mula banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya seminggu dua kali atau sehari pada hari Isnin atau Khamis. Ini diambil dari tauladan yang ditunjukkan oleh Nabi Zakaria a.s.

99. Ada yang mengesyorkan agar mengamalkan surah Maryam ayat 1-6 selepas tiap kali solat. Ada juga yang mengesyorkan ayat ini ditulis pada pinggan putih dengan dakwat yang bersih dan air basuhannya diminum setiap hari selama 8 hari.

Tahniah! Anda telahpun habis membaca kesemua 99 cara-cara mudah hamil secara moden, tradisi, pemakanan dan gaya hidup. Sekarang apa yang perlu ialah praktisnya.

Jadi apa tunggu lagi?

DITAJA : Baju kurung moden terkini

Close

Cart